Wednesday, 24 December 2014

Koleksi Pelbagai Resepi Masakan Daging


Resepi Daging Masak Hitam 

 

Bahan-Bahan:
  • 1 kati daging - dihiris dan direbus dengan kicap (air rebusan jangan dibuang)
  • 1/2 cawan kicap manis (kicap kipas udang)
  • 3 sudu besar cili kering kisar (kalau nak pedas lagi, boleh tambah)
  • Bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
  • Asam keping
  • 3 sudu besar jintan manis*
  • 3 sudu besar jintan putih*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 4 ulas bawang merah*
  • halia* (* dikisar - sebhgan digaul dengan daging dan lebihan untuk tumis)
Cara-Membuatnya:
  1. Daging direbus dengan kicap. Air rebusan jangan terlalu banyak sebab daging keluarkan air 
  2. Bila daging dah empuk, toskan dan gaulkan dengan sedikit bahan kisar dan goreng sikit.
  3. Ketepikan daging tadi dan tumis pula bahan kisar lebihan tadi. 
  4. Masukkan cili kering kisar dan kacau sebati.
  5. Masukkan pula air rebusan tadi dan juga daging dan gaul rata.
  6. Masukkan asam keping, bunga lawang, kulit kau manis dan buah pelaga.
  7. Masukkan kicap jika nak nampak lebih hitam lagi.
  8. Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat. 
  9. Bolehlah diangkat dan dihidang dengan nasi putih atau nasi minyak.

    Resepi Daging Goreng Kunyit 

     

    Bahan-Bahan:

    300 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
    1 inci kunyit hidup*
    2 ulas bawang putih*
    1/2 inci halia*
    1 biji kentang, kupas, potong dadu kasar2 dan rendam
    1 biji bawang besar, hiris kasar
    1 biji lada merah, hiris
    1 biji lada hijau, hiris
    1/2 cawan air
    2 camca besar minyak masak
    Garam dan gula secukup rasa

    Cara Membuatnya:

    1. Daging digaul dengan bahan tumbuk lumat hingga rata, perap selama 1 jam (seeloknya siapkan sebelum anda masuk tidur). Kentang tadi digoreng (toskan dahulu) hingga keemasan. Angkat dan toskan.
    2. Panaskan kuali, masukkan daging tadi, kacau dan tuang air. Bila mendidih, kecilkan api dan masak hingga daging lembut. Masukkan minyak masak, gaul rata dan biar daging sedikit garing.
    3. Tambah kentang, hirisan bawang, hirisan cili hijau/merah dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau rata dan masak hingga bahan2 tadi layu sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
     
    Sumber: TiffinBiru
     

    Resepi Daging Rendang 

     

    Bahan-Bahan:

    • 1kg daging- potong kecik-kecik
    • 2 peket kecik rempah kurma
    • 1/4 cawan kerisik
    • 1 biji kelapa-ambik santannya
    • garam
    • gula melaka / gula
    • sedikit air asam jawa
    • ****BAHAN KISAR**
    • 2 labu bawang besar
    • 5 ulas bawang putih
    • 5 batang serai
    • 1-1/2cm halia
    • 1-1/2cm lengkuas
    • 15-20 biji cili kering
    • ***BAHAN MAYANG ***
    • 3 helai daun limau purut
    • 1 helai daun kunyit

    Cara- Membuatnya:

    1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
    2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
    3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
    4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
    5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
    6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
    7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan. 
     
    Sumber: MyResepi